Sebanyak 882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion dan tujuh perkhidmatan hijau bernilai RM21.9 juta telah diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia tahun lalu.<br /><br />Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek-projek itu merangkumi pelaburan dalam subsektor penjanaan tenaga boleh diperbaharui, bangunan hijau serta pengurusan sisa.